Top Social

No one can tell your story, so tell it yourself. No one can write your story, so write it yourself.

Mandi Kolam Refarm Leisure, Kampar

07 October 2018

Kali kedua kami datang sini ke Refarm, Leisure Kampar ni. Kira no bad jugaklah tak tempat ni untuk anak-anak mandi manda, tengok haiwan, mini zoo. No choicelah kat sini paling murah dan paling dekat dengan rumah. Nak pergi Ipoh masuk Tambun belum berbaloi lagi, tunggu anak-anak besar sikit lagi, kiki.


Jika banding dengan Air kolam Felda Trolak kat sini ada kelebihan tersendiri sebab kat sini tiket masuk pun lebih murah, dan yang penting korang dapat bawak masuk makanan sendiri, buat bekal ke apa, bawak masuk makan berkelah sambil layan anak-anak mandi. Caj RM10 je untuk bawa makanan dari luar, sikit ke banyak, tu je cajnya. So kalau plan nak datang sini, bawak masuk makanan tu biar berbaloi terus, sebab kutengok memang orang lain berbakul bawa bekal makanan. Untuk orang dewasa caj tiket masuk hanya RM10 dan kanak-kanak RM5 sahaja.


Kat sini memang kolam mandi jelah. Masa kitaorang datang ni kolam untuk kayuh bot dalam air tu tengah buat renovation lagi. So boleh layan tengok mini zoo, masuk time tunnel dan mandi kolam kat sini. Surau pun ada lengkap dan selesa. Hampir 2 tahun duduk perak baru menyempat terjah sini. Korang yang merantau tu rajin-rajinlah explore tempat sekitar. So aim kitaorang lakibini memang nak explore perak ni sepuas hati, sebabnya tak tahu berapa lama dok bermastautin kat sini, kot-kotlah kena berhijrah dekat Oman ke apa kan lepas ni, mbahhaa. No one's know, so kena appreciatelah tanda syukur Allah hantar kami berhijrah kat Perak ni, explore sebaik mungkin tempat sekarang. Best, alhamdulillah syukur nikmat, orang perak memang best.

So sampai je kat sini memang kolam mandi lah tempat dituju, tak sempat menyempat makpaknya nak pusing ambil angin. Apa yang best kat sini tempat mandinya memang proper, ada 2 tempat kolam, tapi dua-dua ada tempat khas untuk kolam mandi kanak-kanak. Restoren pun lengkap. Tempat duduk dikawasan kolam renang pun dah asing siap-siap dah untuk yang bawa makanan dah tidak. Kat sini memang bersih dan kemas, dulu masa kitaorang tak datang tu sebab banyak anjing berkeliaran, setahun yang dululah. Since tempat ni dah dapat sijil halal, termasuk restorennya so takde was-was dah.

Air kat sini memang sejuk sangat kot sebab directly datang dari air bukit. Diorang ni tak sempat sejam mandi semua pakat biru dah, surrender. Kalau kat trolak hari tu, 3 jam pun tak cukup, lagi plak kat sana banyak water playground so tak bosanlah sambil mandi sambil main. Siap mandi terus pusing satu refarm nak tengok binatang, kecoh nak tengok kambing, sadis sungguh bebudak sekarang, dapat tengok ayam, itik, kambing dah seronok lain macam. Itik serati tu pun diorang panggil itik pakai topeng kes merah kat sekeliling mata. Berbaloilah sangat kalau datang sini bila hujung minggu. Korang kalau datang Kampar bolehlah singgah sini. Pagi pukul 9 dah buka dah sampai 6 petang, nak lepak seharian kat situ pun boleh, ada penginapan khas boleh sewa 3jam atau semalaman kalau tak silap.
Ni masa first time datang, buatnya lakiku tak bawak stroller, menangis daku jalan dukung si Hajjar, berat wehh, daki bukit plak, hahah. 



kat tempat dekat dengan surau, nak pergi surau ni kena panjat bukit. 
Surau kat tepi belakang tu. 


Be First to Post Comment !
Post a Comment